Logo Yamu
Nasi Arab Yamu

Panduan Lengkap Set Yamu 👨‍🍳

Rujuk video tutorial di bawah untuk cara masak Nasi Arab, Sambal dan Sayur Arab yang confirm memikat selera!

🧭 Pilih Resepi

🍚 Step Masak Nasi Arab Mandy 🍲 Step Masak Nasi Arab Kabsah 🌶️ Step Resepi Sambal Arab 🥗 Step Sayur Arab

Modul 1: Step Masak Nasi Mandy

💡 Takeaway: Pastikan ikut sukatan air dan beras seperti dalam video untuk dapatkan tekstur nasi Mandy yang gebu dan lembut.

Modul 2: Step Masak Nasi Kabsah

💡 Takeaway: Aroma Kabsah lebih sedap dan berempah. Tonton cara guna pes dengan betul untuk pastikan nasi arab menjadi perfect dan bau rempah Ratus Arab sebenar.

Modul 3: Resepi Sambal Arab

📝 Resipi Sambal Arab (Salatah)

Bahan-Bahan:

  • 3 biji tomato (saiz sederhana)
  • 2 biji cili padi/cili burung merah (boleh tambah jika suka lebih pedas)
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • 1 hingga 2 sudu kecil air limau

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar (blender).
  2. Kisar sehingga sebati (sebaiknya kisar kasar untuk tekstur Arab yang asli).
  3. Sedia untuk dihidangkan!

Modul 4: Resepi Sayur Arab

📝 Resipi Sayur Arab (Salad)

Gandingan sayur yang rangup dan segar, sangat membantu mengimbangkan rasa hidangan utama.

Bahan-Bahan:

  • 2 batang timun
  • 2 biji tomato (saiz sederhana)
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • 2 sudu kecil air limau

Cara Penyediaan:

  1. Potong dadu timun batang dan tomato mengikut saiz kesukaan anda.
  2. Hiris halus daun ketumbar.
  3. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk, masukkan garam serta air limau, kemudian gaul rata.
  4. Sedia untuk dinikmati segar!

Ada soalan atau nak repeat order Set Yamu?

📲 Hubungi Team Support